Retak.
December 06, 2016 | 3:14:00 PM | 0 comments
Berabad kita telah bercinta
Mengapa kini engkau berubah?
Sedangkan aku masih kekal setia
Mengharap kasih menjadi bintang jiwa
Mana janjimu akan setia?
Menyayangiku siang malammu
Melindungi dari bara sengsara
Mempertahankan mahligai bersama
Kini tiada erti
Membenar janji
Janji manismu dulu
Tinggal jadi api membakar dada ini
Hati ini hancur & luluh keranamu
Tergamak kau berpaling & teguh memilih dia
Semenjak hatimu dicuri Jelita
Semalaman di cermin kenangan
Jari berdarah diretak setia
Menanggung luka di sebalik senyuman
Hanya kerana aku seorang wanita
Lemah tiada daya
Hati kecewa
Dgn janji manismu.